Pinda hukuman penjara minimum banteras rasuah

Kerajaan perlu meminda hukuman penjara minimum daripada 14 hari kepada tidak kurang daripada dua tahun sebagai hukuman individu terlibat rasuah bagi membanteras jenayah itu di negara ini.Gambar hiasan (Gambar kecil: Abdul Wahab Yahya)
Kerajaan perlu meminda hukuman penjara minimum daripada 14 hari kepada tidak kurang daripada dua tahun sebagai hukuman individu terlibat rasuah bagi membanteras jenayah itu di negara ini.Gambar hiasan (Gambar kecil: Abdul Wahab Yahya)
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu meminda hukuman penjara minimum daripada 14 hari kepada tidak kurang daripada dua tahun sebagai hukuman individu terlibat rasuah bagi membanteras jenayah itu di negara ini.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Rasuah Busters Kedah, Abdul Wahab Yahya berkata, ia berikutan ada beberapa kes sebelum ini yang membabitkan nilai rasuah jutaan ringgit namun hukuman yang dikenakan hanya penjara tidak sampai sebulan.

"Akta 575 memperuntukkan mereka yang disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20 tahun. Oleh itu saya cadangkan agar kerajaan pinda hukuman penjara minimum itu kepada tidak kurang daripada dua tahun.

"Hukuman penjara minimum perlu diberatkan kerana didapati ada beberapa kes sebelum ini yang membabitkan nilai rasuah jutaan ringgit namun hukuman yang dikenakan hanya penjara tidak sampai sebulan. Ini tidak adil," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi Selasa ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

Tambah Abdul Wahab, ketika ini, di bawah Akta SPRM, seseorang pesalah yang disabitkan dengan perbuatan suapan dan rasuah boleh dikenakan hukuman sehingga 20 tahun.

Ujarnya, tertuduh juga boleh dikenakan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, jarang sekali seseorang pesalah dikenakan hukuman penjara maksimum. Sebagai contoh dalam satu kes melibatkan pecah amanah bernilai RM40 juta, tertuduh dijatuhkan hukuman sekitar 10 tahun.

"Kebiasaannya pesalah akan dikenakan hukuman denda nilai suapan yang maksimum iaitu lima kali ganda nilai rasuah tersebut.

"Namun, sejak kebelakangan ini, timbul persoalan adakah hukuman jenayah rasuah di negara ini tidak cukup berat? Ini kerana, perbuatan rasuah, pecah amanah, duit kopi dan menerima suapan masih tidak berkurangan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!