Harap tiada kecederaan pada tubuh Nidza Afham - Kakak

Irfahanie (kiri) dan suaminya ketika ditemui di hadapan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam pada Khamis.
Irfahanie (kiri) dan suaminya ketika ditemui di hadapan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Kakak kepada Allahyarham Nidza Afham Mokhtar iaitu Irfahanie, berharap tiada kecederaan ketara pada tubuh adiknya.

Jelasnya, setakat ini mereka tidak mengetahui keadaan jenazah bagaimana dan mengharapkan yang baik-baik sahaja.

“Pengecaman mayat dibuat oleh suami saya semalam.

“Untuk bedah siasat pagi ini, kami harap yang baik-baik dan tidak ada kecederaan,” katanya ketika ditemui di hadapan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam pada Khamis.

Dalam pada itu, suaminya, Muhammad Effie Amron, 34, memberitahu dia buat pengecaman mayat sekitar jam 8 malam berhampiran Jalan Tepi Sungai, Sungai Kolok berdekatan Sungai Klang.

“Saya yakin itu dia berdasarkan rupa dan baju yang terakhir yang dipakai walaupun keadaan tubuhnya sudah berubah selepas berada lama dalam air,” ujarnya sebak.

Sebelum itu, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada 7.45 petang Selasa.

Polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada jam 4.22 pagi, yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjoging.

Artikel Berkaitan:

Lokasi terakhir keberadaan Nidza Afham adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Nidza Afham pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!