[VIDEO] PRK Nenggiri: Muhyiddin ingatkan jentera PN jangan terlalu yakin

A
A
A

GUA MUSANG - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan gabungan itu supaya tidak terlalu yakin calon mereka mampu meraih kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, Sabtu ini.

Beliau berkata, setakat ini sambutan daripada pengundi terhadap calon PN, Mohd Rizwadi Ismail sangat baik.

"Kita telah diberi data serta maklumat terperinci tentang apa yang sedang berlaku di bawah dan sambutan daripada pengundi Nenggiri sangat memberangsangkan.

“Malah sesetengah kawasan yang kita tak boleh tembusi termasuk kawasan Orang Asal, mereka sedang mengalu-alukan kehadiran kita (PN) dan kita telah mengadakan beberapa program di sana," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Sembang Santai Bersama Masyarakat di Limau Kasturi Dua di sini pada Rabu.

Muhyiddin (berdiri) ketika Sembang Santai Bersama Masyarakat di Limau Kasturi Dua, Gua Musang pada Rabu.
Muhyiddin (berdiri) ketika Sembang Santai Bersama Masyarakat di Limau Kasturi Dua, Gua Musang pada Rabu.

Menurut Muhyiddin, berbaki tiga hari lagi disifatkan kritikal kerana ia akan menjadi penentu arah termasuk pengundi luar.

Beliau turut merayu agar pengundi luar pulang ke kampung masing-masing untuk mengundi.

"Walaupun sokongan agak baik tapi kalau mereka tidak pulang, maka peratusan merosot ia memberi satu masalah nanti.

Artikel Berkaitan:

“Alhamdulillah setakat ini semangat serta sambutan penduduk di sini luar biasa dan malam ini saya akan ke Felda dan kawasan lain sampai 16 Ogos, saya akan beri tumpuan kawasan yang memerlukan perhatian saya,” katanya.

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!