Aidi Sham dilantik Ketua Polis Daerah Putrajaya baharu

A Asmadi (kanan) menyerahkan tongkat kuasa kepada Aidi Sham (kiri) pada Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Khamis.
A Asmadi (kanan) menyerahkan tongkat kuasa kepada Aidi Sham (kiri) pada Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Polis Daerah Port Dickson, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed secara rasminya memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Putrajaya pada Khamis.

Aidi Sham menggantikan Senior Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz yang kini menjawat jawatan SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman, pada Isnin lalu.

Majlis serah terima tugas dan pemakaian lencana pangkat itu disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa.

Rusdi berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada A Asmadi dan Aidi Sham di atas kenaikan pangkat.

"Pencapaian ini adalah hasil daripada dedikasi, komitmen dan usaha gigih yang telah ditunjukkan sepanjang perkhidmatan dalam pasukan Polis Diraja Malaysia," katanya dalam ucapan pada Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini pada Khamis.

Rusdi berkata, A Asmadi sentiasa komited dan bertanggungjawab sepanjang beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Putrajaya sejak 14 Jun 2021.

"Terima kasih A Asmadi kerana memberi khidmat bakti di IPD Putrajaya serta berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik demi keselamatan masyarakat.

"Bagi Aidi Sham, saya yakin beliau mampu untuk memenuhi mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh pucuk kepimpinan, berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya untuk memacu IPD Putrajaya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!