Nahas lori, treler sebabkan kesesakan 11.5km laluan Putrajaya ke Bandar Saujana Putra
SHAH ALAM - Insiden kemalangan melibatkan treler dan lori pada 7.15 pagi, Khamis di Kilometer 18.1 (arah utara) antara laluan Putrajaya ke Bandar Saujana Putra menyebabkan kesesakan sejauh 11.5 km.
PLUS Trafik melaporkan kemalangan itu menyebabkan lorong kiri, lorong tengah, lorong kanan terhalang.
"Pada 9.31 pagi, kerja pengalihan kemalangan masih dijalankan. Lorong kiri, lorong tengah dan lorong kanan masih ditutup. Trafik sesak 11.5km. Sila rancang perjalanan anda dan pandu berhati-hati," katanya menerusi hantaran di aplikasi X.
Bagaimanapun katanya, pada jam 10.30 pagi, lorong kanan telah dibuka namun aliran trafik masih perlahan.
"Pastikan juga semua langkah berjaga-jaga diambil dan semoga selamat sampai ke destinasi.
"Orang ramai boleh mendapatkan info trafik terkini di aplikasi X PLUSTrafik di https://x.com/plustrafik," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!