Polis minta bantuan kesan Raisya Rasyiqah

Raisya Rasyiqah
Raisya Rasyiqah
A
A
A

KAJANG - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, remaja dikenali sebagai Raisya Rasyiqah Mohd Rashdan dilihat kali terakhir di Pekan Beranang di sini.

"Remaja itu balik sekolah lewat pada jam 1.40 tengah hari, ibunya telah mencari dan jumpa dia di kawasan Beranang di sini, pada jam 6.40 petang.

"Remaja itu tidak mahu balik dan melarikan diri serta gagal dikesan sehingga kini," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Naazron berkata, laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan itu dibuat pada jam 10.03 malam Isnin lalu.

"Remaja itu berketinggian 148 sentimeter dengan berat kira-kira 40 kilogram serta berkulit warna sawo matang.

"Raisya Rasyiqah berbadan sederhana, memakai cermin mata, pakaian baju kemeja T kadet polis, seluar sukan biru tua dan bertudung ungu," katanya.

Naazron berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!