Punca kematian Nidza Afham diketahui selepas bedah siasat - KPN

Satu mayat lelaki dewasa yang dijumpai di sungai sekitar Jambatan Sungai Klang di sini, pada Rabu disahkan sebagai Muhammad Nidza Afham Mokhtar. Gambar kecil: Muhammad Nidza Afham
Satu mayat lelaki dewasa yang dijumpai di sungai sekitar Jambatan Sungai Klang di sini, pada Rabu disahkan sebagai Muhammad Nidza Afham Mokhtar. Gambar kecil: Muhammad Nidza Afham
A
A
A

SHAH ALAM - Laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian kes Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang pada petang Rabu dijangka diperoleh pada petang ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan bedah siasat itu bagi menentukan sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya.

"Kita masih dalam siasatan lagi, tunggu laporan post mortem, sebab kita nampak telefon dia ada cuma kad sahaja yang hilang, telefon ada di jambatan.

"Jadi kita tunggu laporan siasatan daripada post mortem, mungkin petang ini dan Ketua Polis Selangor akan beri (kenyataan)," katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.

Razarudin (duduk lima kanan) ketika menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Inspektor Kor SUKSIS UiTM
Razarudin (duduk lima kanan) ketika menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Inspektor Kor SUKSIS UiTM

Beliau berkata sedemikian ketika menghadiri Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil Pelantikan Pegawai Inspektor Kor SUKSIS UiTM Kali Kesembilan di UiTM Shah Alam di sini.

Hadir sama, Komandan Kor SUKSIS UiTM, Prof Dr Mohd Sazili Shahibi dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Pada Rabu, Hussein mengesahkan mayat lelaki yang ditemukan di Sungai Klang, petang Rabu itu adalah Nidza Afham.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, jenazah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk proses selanjutnya.

Nidza Afham yang juga abang kepada penyanyi, Aufahanie dan pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku dilaporkan hilang 7.45 petang pada Selasa selepas keluar berjoging di Stadium Klang, Selangor, kira-kira jam 11.53 malam sebelumnya.

Dompet dan telefon bimbit Nidza Afham ditemui di Jambatan Sungai Klang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!