MBI edar 10,000 bendera sempena Bulan Kebangsaan

Ahmad Munir (kanan) menyaksikan gimik memasang Jalur Gemilang pada motosikal milik penguat kuasa MBI sempena Majlis Pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBI 2024 di Bangunan MBI pada Khamis.
Ahmad Munir (kanan) menyaksikan gimik memasang Jalur Gemilang pada motosikal milik penguat kuasa MBI sempena Majlis Pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBI 2024 di Bangunan MBI pada Khamis.
A
A
A

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengedarkan 10,000 helai Jalur Gemilang untuk dipasang di sekitar bandar raya ini sebagai menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

Setiausaha MBI, Ahmad Munir Ishak berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,000 helai bendera dipasang di jalan-jalan utama manakala selebihnya diedarkan kepada premis di sekitar Bandar raya Ipoh.

Menurutnya, edaran dan pemasangan Jalur Gemilang itu dilakukan sebagai menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan sekaligus menggalakkan orang ramai memasangnya di premis masing-masing.

"Kita harapkan semangat ini dapat disebarluaskan kepada rakyat di luar sana supaya mereka juga turut mengibarkan Jalur Gemilang. Di peringkat MBI kita sudah edarkan 10,000 helai Jalur Gemilang.

"Kita juga harapkan mereka (pemilik premis perniagaan) dapat juga mengambil bahagian secara sukarela sebab tahun ini kita tidak buat edaran surat kepada semua premis untuk kibarkan Jalur Gemilang kerana kita percaya itu perbuatan itu kena datang daripada diri mereka sendiri," katanya kepada pemberita.

Ahmad Munir (lima dari kanan) bersama-sama Ahli-ahli Majlis MBI dan pegawai kanan MBI yang hadir sempena Majlis Pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBI 2024 di Bangunan MBI pada Khamis.
Ahmad Munir (lima dari kanan) bersama-sama Ahli-ahli Majlis MBI dan pegawai kanan MBI yang hadir sempena Majlis Pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBI 2024 di Bangunan MBI pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat MBI 2024 di Bangunan MBI pada Khamis.

Majlis tersebut disempurnakan Ketua WHIP Ahli Majlis MBI, Datuk Mazlan Abd Rahman dengan turut dihadiri Ahli-ahli Majlis MBI serta pegawai kanan MBI.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Munir berkata, dalam tahun sebelum ini MBI memang membuat edaran surat kepada semua premis untuk mereka mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing namun ia tidak lagi dibuat pada tahun ini kerana mengharapkan setiap rakyat mempunyai kesedaran tersebut.

Dalam perkembangan lain, menjawab laporan media mengenai isu nasib dobi tradisional yang diusahakan sejak 100 tahun di Jalan Silibin di sini, beliau menjelaskan tanah tersebut merupakan hak milik MBI.

Menurutnya, MBI telah menyewa sebahagian kawasan di tanah tersebut kepada sekolah berhampiran untuk dijadikan tempat parkir disebabkan masalah kesesakan lalu lintas ketika waktu di kawasan tersebut.

Jelasnya, perusahaan dobi tradisional yang beroperasi di situ mungkin terpaksa berpindah keluar disebabkan status tanah tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!