Miliki rumah impian LBS kini lebih mudah dengan ‘Maybank MyDeco’

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pemaju hartanah terkemuka negara, LBS Bina Group Berhad (LBS) menjalinkan kerjasama dengan Maybank Berhad (Maybank) bagi memudahkan pemilikan rumah mampu milik rakyat Malaysia.

Kerjasama ‘Maybank MyDeco Financing’ melalui tawaran margin pinjaman yang luar biasa sebanyak 120 peratus dari pihak Maybank.

LBS komited untuk menjadikan pemilikan rumah serendah dan semudah yang mungkin melalui Maybank MyDeco Financing. Penyelesaian komprehensif yang disediakan untuk pembeli rumah LBS, menawarkan margin pinjaman yang mengagumkan sebanyak 120 peratus, membolehkan pembeli untuk membiayai bukan sahaja rumah LBS baharu mereka tetapi juga kos tambahan seperti perpindahan, reka bentuk dalaman, perabot, dan kos pemasangan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San, berkata, LBS akan memastikan bahawa setiap aspek pembelian rumah dapat diuruskan dan membolehkan pembeli membuat pinjaman melebihi daripada harga pembelian, sekaligus menampung perbelanjaan yang biasanya perlu dikeluarkan dari poket sendiri.

LIM HOCK SAN
LIM HOCK SAN

"Mendapatkan kunci rumah impian anda hanyalah separuh daripada perjalanan pemilikan rumah. Inflasi dan peningkatan kos sara hidup telah memberi kesan kepada setiap aspek kehidupan kita, baik dari kos perabot, perkakas elektronik, hingga insurans untuk kediaman.

“Program kesetiaan yang kami tawarkan iaitu LBS Perks and Plusses, telah berjalan dengan aktif di mana jalinan kerjasama bersama 61 rakan kongsi setakat ini direka khusus untuk menyediakan ganjaran dan promosi eksklusif kepada pembeli rumah kami.

“Walau bagaimanapun, kami percaya dengan menambah sokongan kewangan dalam persamaan ini, impian untuk pemilikan rumah dapat direalisasikan berikutan kerjasama terbaharu kami dengan Maybank yang menawarkan margin pinjaman 120 peratus kepada pelanggan kami," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan:

Astella D'Island Residence @ Puchong adalah antara projek yang terlibat di dalam kempen "Unlock Your Dream Home". Perbandaran D’ Island Residence yang pernah memenangi anugerah ini menawarkan pengalaman hidup yang tenang di tepi tasik seluas seribu ekar dengan perjalanan hanya beberapa minit dari bandar.

No Image Caption

Dilengkapi kemudahan seperti taman permainan, gim berhampiran kawasan awam, pavilion, serta pelbagai taman dan gelanggang sukan serbaguna untuk semua.

Selain itu, nikmati ketenangan fikiran dengan fungsi keselamatan 24 jam yang diadakan, menjadikannya tempat perlindungan yang selesa dan selamat untuk dihuni.

Terdapat juga koleksi hartanah pegangan bebas, Saujana Indah @ Johor Bahru dan Imperial Garden di Batu Pahat, Johor.

Saujana Indah terletak berdekatan dengan lebuh raya utama dan Tambak Johor, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang sering ulang-alik.

Dilengkapi dengan kemudahan moden dan direka untuk kehidupan kontemporari, ia menyediakan gaya hidup yang selesa dan mudah.

Dengan perkembangan pesat di Johor Bahru, nilai hartanah dijangka meningkat, memastikan pulangan pelaburan yang tinggi. Hartanah ini adalah pilihan yang terbaik untuk pelaburan jangka panjang atau untuk profesional yang bekerja di Singapura.

No Image Caption

Kedua-dua projek ini adalah sebahagian daripada kempen Maybank yang menawarkan manfaat eksklusif untuk pembeli.

Imperial Garden yang terletak di Batu Pahat, Johor, merupakan salah satu bandar yang sedang berkembang pesat di Malaysia, dengan peningkatan yang ketara dalam pembangunan infrastruktur dan aktiviti ekonomi.

Direka dengan penekanan kepada aktiviti kemasyarakatan dengan ruang hijau, taman, dan kawasan komuniti untuk dinikmati penduduk.

Kecenderungan pertumbuhan bandar di permata Selatan ini menjanjikan peningkatan nilai hartanah, menjadikannya pilihan tepat untuk pelabur yang mencari keuntungan jangka panjang.

Kedua-dua projek ini menawarkan gabungan unik kemudahan, kehidupan moden dan potensi pelaburan, menjadikannya pilihan ideal untuk pembeli yang bijak.

Kerjasama sulung di antara LBS dan Maybank ini turut menekankan komitmen bersama bagi menyokong pemilikan rumah di Malaysia sekali gus memperkemaskan lagi proses permohonan, menjadikannya lebih mudah bagi pembeli untuk mendapatkan pinjaman, dan berpindah ke rumah impian mereka.

Menerusi kolaborasi ini, LBS turut menyumbang kepakarannya dalam membangunkan perumahan yang berkualiti tinggi dan mampu milik, manakala Maybank menyediakan penyelesaian kewangan yang kukuh untuk memastikan rumah-rumah ini boleh diakses oleh semua.

Bagi pembeli yang berminat, layari web LBS di https://lbs.com.my/ atau mana-mana galeri jualan LBS untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hartanah yang tersedia dalam kempen ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!