Rakyat Malaysia di Jepun mula simpan air hadapi bencana Taufan Ampil

Rakyat Malaysia yang menetap di Jepun mula menyimpan air bersih susulan negara tersebut dijangka terputus bekalan elektrik akibat Taufan Ampil, Jumaat ini.
Rakyat Malaysia yang menetap di Jepun mula menyimpan air bersih susulan negara tersebut dijangka terputus bekalan elektrik akibat Taufan Ampil, Jumaat ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia yang menetap di Jepun mula menyimpan air bersih susulan negara tersebut dijangka terputus bekalan elektrik akibat Taufan Ampil, Jumaat ini.

Konduktor pelancongan, Kamal Zharif Kamaludin berkata, taufan itu akan melanda kawasan Tokyo, pusat bandar Chiba dan bahagian Utara Ibaraki.

Kamal Zharif
Kamal Zharif

“Rumah saya sudah ada botol besar, tinggal hendak isi air sahaja dan letak dalam peti sejuk kemudian isi air di tab mandi sekali.

“Tahun-tahun sebelumnya, ada sesetengah kawasan terputus bekalan elektrik cuma tempat saya masih ada elektrik,“ katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan susulan kejadian gempa bumi Jepun minggu lalu, penduduk sekali lagi perlu bersiap sedia berikutan negara itu dijangka bakal dilanda taufan.

Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Jepun, difahamkan terdapat tiga taufan berada berdekatan negara terbabit pada waktu yang sama.

Terdahulu, Jepun melaporkan berlaku tsunami kecil di bahagian barat daya negara berkenaan susulan gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda wilayah Miyazaki dan kawasan lain.

Artikel Berkaitan:

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), Pelabuhan Miyazaki di selatan wilayah terbabit dilanda ombak tsunami setinggi 50 sentimeter (cm) selepas gempa itu.

Sementara itu, Kamal Zharif memaklumkan, rangkaian perkhidmatan 'bullet train’ Jepun turut dibatalkan sepanjang hari termasuk laluan Tokaido di Tokyo dan Shin Osaka.

Bagaimanapun tambah pemuda berkenaan, hanya dua ‘bullet train’ kelas Kodama yang akan beroperasi setiap jam pada hari terbabit.

“Setakat ini jadual asal ‘bullet train’ laluan Tokaido (Tokyo-Shin Osaka) akan diberhentikan sepanjang hari. Jadi, sebaiknya elakkan bergerak pada hari esok,“ ujarnya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!