Hujan iringi pemergian Nidza Afham

Jenazah Nidza Afham yang selesai proses bedah siasat di Hospital Shah Alam dibawa ke Masjid Puncak Alam pada Khamis.
Jenazah Nidza Afham yang selesai proses bedah siasat di Hospital Shah Alam dibawa ke Masjid Puncak Alam pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Hujan mengiringi perjalanan akhir Muhammad Nidza Afham Mokhtar meninggalkan Hospital Shah Alam (HSA) di sini menuju ke Masjid Puncak Alam pada Khamis.

Van membawa jenazah Nidza Afham dilihat meninggalkan pekarangan Unit Perubatan Forensik HSA pada jam 5.04 petang.

Beberapa kenderaan ahli keluarga dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengiringi van jenazah ke Masjid Puncak Alam.

Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah selepas disolatkan di Masjid Puncak Alam.

Sebelum itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki yang ditemukan terapung di Sungai Klang, kira-kira jam 7.30 malam, Rabu, adalah Nidza Afham, 23.

Polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi itu yang keluar rumah pada jam 7.45 petang Selasa.

Laporan berhubung kejadian itu dibuat adik mangsa pada jam 4.22 pagi, Rabu yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjoging.

Lokasi terakhir keberadaan Nidza Afham adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Artikel Berkaitan:

Nidza Afham pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.

Jenazah Nidza Afham yang selesai proses bedah siasat di Hospital Shah Alam dibawa ke Masjid Puncak Alam pada Khamis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!