Polis klasifikasi kematian Nidza Afham sebagai mati mengejut

Nidza Afham
Nidza Afham
A
A
A

SHAH ALAM - Siasatan kes kematian Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bedah siasat telah dijalankan bermula kira-kira jam 11 pagi hingga 3 petang di Hospital Shah Alam pada Khamis.

"Punca kematian 'pending laboratory investigation' dan tiada lain-lain kecederaan fizikal.

"Siasatan diteruskan sebagai SDR," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu dengan menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sebelum itu, van yang membawa jenazah Nidza Afham meninggalkan pekarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam pada jam 5.04 petang menuju ke Masjid Puncak Alam untuk solat jenazah.

Pada Rabu, mayat lelaki yang ditemukan terapung di Sungai Klang, kira-kira jam 7.30 malam, Rabu, disahkan adalah Nidza Afham selepas dilaporkan hilang sejak Selasa.

Laporan berhubung kejadian itu dibuat adik mangsa pada jam 4.22 pagi, Rabu yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjoging.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!