Rafah ditutup: 1,000 kanak-kanak sakit, cedera di Gaza meninggal dunia

Keadaan bangunan di Gaza binasa sepenuhnya akibat dibedil tentera Israel.
Keadaan bangunan di Gaza binasa sepenuhnya akibat dibedil tentera Israel.
A
A
A

TEHERAN - Sekurang-kurangnya 1,000 kanak-kanak Palestin yang sakit dan cedera telah meninggal dunia akibat penutupan lintasan sempadan Rafah dalam tempoh 100 hari lepas, kata Pejabat Penerangan Palestin di Gaza.

"Selepas memusnahkan lintasan Rafah, tentera Israel telah menutup pintu sempadan antara Palestin dan Mesir selama lebih tiga bulan,” menurut Agensi Berita Iran (IRNA) memetik kenyataan pejabat kerajaan di Gaza pada Rabu malam.

Pejabat Penerangan Palestin berkata, tentera rejim juga menghalang 25,000 orang yang sakit dan cedera, termasuk kanak-kanak daripada melakukan perjalanan keluar negara untuk mendapatkan rawatan dalam tempoh sama.

Pejabat itu juga menegaskan bahawa tingkah laku tentera Zionis dan peningkatan malapetaka kemanusiaan yang tidak pernah berlaku di semua wilayah di Gaza adalah jenayah yang jelas dan pelanggaran undang-undang antarabangsa, hak asasi manusia antarabangsa serta bertentangan dengan semua perjanjian antarabangsa.

Menurut pejabat itu, tindakan Israel yang menghalang kemasukan semua bentuk bantuan ke Semenanjung Gaza, termasuk bekalan perubatan menunjukkan hasrat rejim Zionis untuk memusnahkan sektor kesihatan kerana kekurangan ubat dan peralatan boleh memaksa penutupan beberapa hospital yang masih beroperasi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!