[VIDEO] Jenazah Nidza Afham selamat dikebumikan

A
A
A

KUALA SELANGOR - Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar, yang ditemukan maut di Sungai Klang, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam di sini pada Khamis.

Jenazah Allahyarham Nidza Afham, 23, dikebumikan kira-kira jam 6.45 petang.

Terdahulu, jenazah anak kelima daripada tujuh beradik itu disembahyangkan di Masjid Puncak Alam.

Ahli keluarga menyiram pusara Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam pada Khamis.
Ahli keluarga menyiram pusara Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam pada Khamis.

Sebelum itu, suasana hiba di tanah perkuburan sejurus jenazah Allahyarham tiba untuk dikebumikan.

Kira-kira ratusan ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan hadir pada pengebumian Allahyarham Nidza Afham.

Jenazah Allahyarham Nidza Afham tiba di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam pada Khamis.
Jenazah Allahyarham Nidza Afham tiba di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam pada Khamis.

Pada Rabu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan mayat lelaki yang ditemukan di Sungai Klang, adalah Nidza Afham.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses selanjutnya.

Penyanyi itu dilapor hilang selepas keluar joging di Stadium Klang, kira-kira jam 11.53 malam pada Selasa.

Susulan itu, dompet dan telefon bimbit Nidza Afham ditemui di Jambatan Sungai Klang, Klang.

Nazir Masjid Puncak Alam, Aiman Wafiy Roslan (depan, kiri) mengetuai bacaan talkin semasa pengebumian Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam pada Khamis.
Nazir Masjid Puncak Alam, Aiman Wafiy Roslan (depan, kiri) mengetuai bacaan talkin semasa pengebumian Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam pada Khamis.

Jasad Nidza Afham kemudiannya ditemukan berhampiran Jalan Tepi Sungai, Solok Sungai, Taman Telok Pulai Indah, jam 7 malam Rabu.

Nidza Afham pernah menyertai rancangan realiti I Can See Your Voice 3, sebelum melancarkan single berjudul Ternyata Bukan Aku.

Sementara itu, Hussein mengesahkan kematian Nidza Afham Mokhtar, 23, diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

Beliau berkata, bedah siasat telah dijalankan bermula kira-kira jam 11 pagi hingga 3 petang di Hospital Shah Alam pada Khamis.

.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!