Angka kematian di semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005 orang

Keadaan bangunan di Gaza musnah dibedil tentera Israel. Foto AFP
Keadaan bangunan di Gaza musnah dibedil tentera Israel. Foto AFP
A
A
A

GAZA - Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober telah meningkat kepada 40,005 orang, dengan 92,401 individu lagi mengalami kecederaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau yang berselerakan di jalan-jalan di seluruh kawasan bergolak itu, kerana tentera Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan pasukan pertahanan awam. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!