Gempur premis e-waste kaut untung tanpa peduli impak alam sekitar

Laporan Sinar Harian pada 6 Ogos lalu. Gambar kecil: Mohd Yusoff
Laporan Sinar Harian pada 6 Ogos lalu. Gambar kecil: Mohd Yusoff
A
A
A

SHAH ALAM - Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa supaya terus menggempur premis sisa elektrik dan elektronik (e-waste) beroperasi secara haram di negara ini yang sanggup mengaut keuntungan tanpa mempedulikan impak kepada alam sekitar dan masyarakat.

Pakar Alam Sekitar dan Pengurusan Sisa dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Yusoff Ishak berkata, selain mempergiat operasi gempur di lapangan, pihak berwajib perlu mencari motif, modus operandi dan dalang utama yang berselindung di sebalik kegiatan jenayah itu.

Selain mempergiat operasi gempur di lapangan, pihak berwajib perlu mencari motif, modus operandi dan dalang utama yang berselindung di sebalik kegiatan jenayah itu.
Selain mempergiat operasi gempur di lapangan, pihak berwajib perlu mencari motif, modus operandi dan dalang utama yang berselindung di sebalik kegiatan jenayah itu.

Menurutnya, tidak dinafikan terdapat warga tempatan yang memainkan peranan sebagai pemilik premis, namun bersembunyi di sebalik aktiviti perniagaan lain bagi menghalalkan operasi ‘cuci duit’ hasil melebur dan mengekstrak e-waste.

“Pemilik kilang haram kebiasaannya berselindung di sebalik pelbagai aktiviti perniagaan lain yang kelihatan ‘halal’ sesuai dengan modus operandi ‘cuci duit’,“ katanya kepada Sinar Harian.

Selain pihak berkuasa, Mohd Yusoff berkata, sektor perbankan wajib terlibat sama dalam isu ini terutamanya menerusi komitmen pelaporan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) mereka.

“Contohnya, inisiatif bank untuk tidak menyediakan kemudahan akaun kepada individu yang menjalankan perniagaan e-waste tanpa pengesahan Jabatan Alam Sekitar (JAS),” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!