Bukan sengaja tidak mahu tambah anak

Trauma diserang asma ketika mengandungkan anak pertama menjadi salah satu faktor pasangan suami isteri mengambil keputusan untuk mengehadkan jumlah zuriat. Gambar hiasan 123rf.
Trauma diserang asma ketika mengandungkan anak pertama menjadi salah satu faktor pasangan suami isteri mengambil keputusan untuk mengehadkan jumlah zuriat. Gambar hiasan 123rf.
A
A
A

SHAH ALAM - Trauma diserang asma ketika mengandungkan anak pertama menjadi salah satu faktor pasangan suami isteri mengambil keputusan untuk mengehadkan jumlah zuriat.

Pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Amirah, 39, berkata, keadaan kesihatannya bertambah teruk ketika usia kandungan mencecah lapan bulan apabila dia tidak dibenarkan untuk bergerak aktif.

“Kalau ikutkan hati, saya mahu tambah lagi anak tapi apakan daya... faktor kesihatan tidak mengizinkan ditambah pula dengan trauma jahitan pembedahan yang bermasalah, memang terasa sehingga kini.

“Ketika mengandung, doktor memang tidak benarkan saya banyak berjalan. Sewaktu melahirkan pun terpaksa melalui kaedah pembedahan, tidak boleh bersalin normal,” jelasnya.

Tambah Amirah, susulan pengalaman yang agak mengerikan itu, dia mengambil keputusan untuk tidak menambah jumlah anak dalam masa terdekat.

Bagaimanapun ujarnya, sebagai ibu sudah pasti rasa ingin hamil buat kali kedua menguasai diri namun memikirkan tahap kesihatan hasrat itu terpaksa dilupakan.

“Ramai juga yang tanya berkaitan anak tapi saya cuma jawab tiada rezeki. Bagi saya ada hikmah semua ini terjadi sebab saya boleh memberi fokus sepenuhnya kepada anak dan kerjaya.

“Suami pun memahami sebab dia tengok sendiri perjuangan saya ketika bertahan melawan sakit sebelum ini. Bagi pasangan yang hadapi masalah sama, jangan berasa sedih mungkin ALLAH nak bagi sesuatu lebih bermakna,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!