Pekerja cuci kereta maut, pengawal keselamatan parah ditetak

Lokasi insiden pertama yang menyebabkan seorang pengawal keselamatan parah ditetak.
Lokasi insiden pertama yang menyebabkan seorang pengawal keselamatan parah ditetak.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pekerja kedai cuci kereta maut manakala seorang pengawal keselamatan parah dengan kesan tetakan di bahagian kepala dan badan dalam satu insiden di Bedong awal pagi Khamis.

Mangsa yang maut berusia lingkungan 20-an dipercayai meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian dikatakan berlaku di dua lokasi berasingan.

"Kejadian pertama berlaku di tapak pemasangan kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB), mangsa yang parah merupakan pengawal keselamatan di tapak terbabit.

Kejadian pertama yang berlaku di sebuah tapak pemasangan kabel di Bedong.
Kejadian pertama yang berlaku di sebuah tapak pemasangan kabel di Bedong.

"Kejadian kedua berlaku di lorong belakang sebuah bangunan rumah kedai di Bedong, tidak jauh dari lokasi pertama lebih kurang 2.7 kilometer," katanya.

Kedua-dua mangsa merupakan penduduk tempatan dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian.

"Polis difahamkan, berlaku kejadian pertama dahulu sebelum selang beberapa minit kemudian, dilaporkan berlaku kejadian kedua.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa di kejadian kedua meninggal dunia," katanya.

Wan Azharuddin berkata, anggota pondok polis HSAH dimaklumkan kejadian menerusi laporan pegawai perubatan jabatan kecemasan bahagian zon merah hospital yang memaklumkan menerima dua lelaki dengan kesan kecederaan tetak di kepala dan badan pada jam 2.20 pagi Khamis.

Susulan itu, beliau berkata, polis menggerakkan siasatan dan turut dibantu oleh Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dan Unit K9.

Kejadian kedua dilaporkan di lorong belakang sebuah bangunan rumah kedai di Bedong.
Kejadian kedua dilaporkan di lorong belakang sebuah bangunan rumah kedai di Bedong.

"Polis masih menyiasat motif sebenar kejadian dan kaitan bagi kedua-dua kes berkenaan.

"Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera parah yang disiasat secara berasingan," katanya.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan bagi kes membunuh boleh membawa hukuman mati manakala jika disabitkan kesalahan kes menyebabkan cedera parah boleh dihukum penjara sampai 20 tahun dan juga dikenakan denda atau sebat.

Kesan kejadian kedua yang dilaporkan berlaku di lorong belakang sebuah bangunan rumah kedai di Bedong.
Kesan kejadian kedua yang dilaporkan berlaku di lorong belakang sebuah bangunan rumah kedai di Bedong.

Difahamkan, kejadian dipercayai dilakukan oleh suspek yang sama.

Pihak polis memohon kepada orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda ditalian 04-4299222 atau Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Azmirul Abdul Aziz di talian 019-444 6521.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!