Transformasi Penjenamaan Semula KPJ Healthcare, Menandakan Permulaan Baharu
16 Ogos 2024 | VIDEO
A
A
A
Majlis penjenamaan semula yang bertemakan "Celebration of Our Care for Life Journey," telah diadakan di ibu pejabat KPJ Healthcare di Kuala Lumpur. Inisiatif penjenamaan semula logo KPJ Healthcare ini adalah lebih daripada sekadar perubahan logo - ia adalah manifestasi dari komitmen KPJ Healthcare memperkukuh usaha untuk mengetengahkan keutamaan pesakit sebagai asas kepada pertumbuhan eksponen dan kelebihan daya saing dalam landskap penjagaan kesihatan yang berkembang secara dinamik.