'Keluarlah mengundi...'

Tengku Razaleigh (tengah) bersama Ahmad Shabery (kiri) pada Program Perasu Berselawat di Pekarangan Pejabat Felda Perasu, Gua Musang.
Tengku Razaleigh (tengah) bersama Ahmad Shabery (kiri) pada Program Perasu Berselawat di Pekarangan Pejabat Felda Perasu, Gua Musang.
A
A
A

GUA MUSANG - Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li menggesa pengundi untuk menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri esok.

"Apa untungnya kalau tidak mengundi, undilah...Nak undi pembangkang atau siapa, keluarlah mengundi," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai desas-desus sesetengah pengundi di DUN Nenggiri yang dikatakan enggan keluar mengundi.

Beliau sebelum itu hadir merasmikan Program Perasu Berselawat di Pekarangan Pejabat Felda Perasu yang turut dihadiri Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim pada Khamis malam.

Menurut Ku Li, menjadi satu kerugian jika pengundi tidak berbuat demikian kerana proses itu diadakan bertujuan memilih pemimpin yang boleh membela rakyat.

Dalam perkembangan lain, Ku Li memberitahu, sepanjang berkempen, Barisan Nasional (BN) memberikan fokus kepada isu-isu setempat.

Ujarnya, hal ini kerana isu itu lebih dekat dengan rakyat di kawasan DUN Nenggiri.

Tengku Razaleigh (dua dari kanan) pada Program Perasu Berselawat di Pekarangan Pejabat Felda Perasu, Gua Musang.
Tengku Razaleigh (dua dari kanan) pada Program Perasu Berselawat di Pekarangan Pejabat Felda Perasu, Gua Musang.

"Saya berpuas hati dengan perjalanan kempen, tiada masalah yang berlaku di bawah.

Artikel Berkaitan:

"Ia menandakan semua petugas melaksanakan kerja dengan baik," katanya.

PRK DUN Nenggiri 17 Ogos ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan Perikatan Nasional (PN).

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sementara PN, Mohd Rizwadi Ismail dari Bersatu.

PRK Nenggiri diadakan selepas Yang Dipertua DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah pada 19 Jun lepas mengumumkan kekosongan kerusi itu susulan tindakan Bersatu menggugurkan keahlian penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian DUN Nenggiri pada 17 Ogos manakala penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

Dalam PRK lalu, calon PN dari Bersatu, Mohd Azizi Abu Naim menang dengan majoriti 810 undi menewaskan calon BN, Ab Aziz Yusoff.

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!