[VIDEO] Serang rakan hingga parah, tiga beradik didakwa

A
A
A

KUALA PILAH - Tiga beradik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki menggunakan parang dan pisau di Tampin pada awal bulan ini.

R Arul, 32, R Kalidas, 33, dan R Elango, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua mereka dituduh telah menyebabkan cedera parah ke atas seorang lelaki berusia 46 tahun dengan menggunakan sebilah parang dan dua bilah pisau.

Perbuatan tersebut dilakukan pada 4 Ogos lalu jam 3 pagi di sebuah rumah di Kampung Baru Air Kuning Selatan, Gemencheh di Tampin.

Sehubungan itu, kesemua tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen berkenaan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni kemudiannya menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap tertuduh dengan syarat tambahan.

Artikel Berkaitan:

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.

Bagaimanapun peguam S Daniel yang mewakili ketiga-tiga tertuduh dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan wang jaminan paling rendah dengan syarat tambahan selain ketiga-tiga tertuduh akan memberikan kerjasama sepanjang kes berjalan.

Daniel berkata, kesemua tertuduh perlu menanggung ibu bapanya dan salah seorang tertuduh pula bakal berkahwin serta telah menggunakan wang yang banyak bagi tujuan tersebut.

Hakim kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak mengganggu mangsa.

Tiga beradik didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada Jumaat atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki menggunakan parang dan pisau di Tampin pada awal bulan ini.
Tiga beradik didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada Jumaat atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki menggunakan parang dan pisau di Tampin pada awal bulan ini.

Kes akan disebut semula pada 18 September depan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang lelaki cedera parah dipercayai diserang rakannya kerana perselisihan faham disebabkan soal kerja.

Mangsa berusia 45 tahun dikatakan telah diserang oleh seorang lelaki yang dikenalinya semasa berada di rumah.

Mangsa telah mengalami cedera parah pada bahagian bahu, perut, kaki, belakang badan dan kini menerima rawatan kecemasan di Hospital Tampin.

Ringkasan berita:

  • Tiga Beradik Didakwa: R Arul, R Kalidas, dan R Elango didakwa atas tuduhan mencederakan seorang lelaki dengan parang dan pisau di Tampin pada 4 Ogos 2024.
  • Pengakuan: Mereka mengaku tidak bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
  • Hukuman: Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara hingga 20 tahun.
  • Jaminan: Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 setiap tertuduh, dengan syarat tidak mengganggu mangsa.
  • Kes Disebut Semula: Kes akan disambung pada 18 September 2024.
Dijana oleh AI

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!