[VIDEO] Jenazah pasangan warga emas rentung selamat dikebumikan

A
A
A

MUAR - Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Raden, Pagoh ketika pengebumian jenazah pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran rumah mereka pada minggu lalu.

Jenazah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan isterinya, Ara Abd Hamid, 76 dikebumi di sebelah pusara cucunya Noradriana, 11 yang turut terkorban dalam insiden tragis itu.

Sebelum itu, jenazah dibawa menaiki van dari Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Sekitar jam 10 pagi, jenazah tiba di pekarangan Masjid Jamek Kampung Paya Redan, Pagoh untuk disembahyangkan di masjid berkenaan.

Jenazah pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan Pagoh pada minggu lalu, selamat dikebumikan pada pagi Jumaat.
Jenazah pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan Pagoh pada minggu lalu, selamat dikebumikan pada pagi Jumaat.

Kira-kira 200 ahli keluarga, sanak saudara dan juga penduduk kampung hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah.

Pasangan warga emas itu antara tiga sekeluarga yang maut dalam kejadian bunuh dan bakar rumah pada awal pagi Jumaat minggu lalu, disyaki dilakukan anak sulung mereka berusia 48 tahun yang kini dalam tahanan polis.

Artikel Berkaitan:

Jenazah pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan Pagoh pada minggu lalu, selamat dikebumikan pada pagi Jumaat.
Jenazah pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan Pagoh pada minggu lalu, selamat dikebumikan pada pagi Jumaat.

Difahamkan, sebahagian ahli keluarga terdiri anaknya menuntut jenazah di HPSF sekitar jam 9 pagi selepas keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh pada Khamis.

Seorang lagi cucu mereka, Norazmina Mohd Radhi, 14, yang terselamat dalam insiden itu, kini masih menerima rawatan di hospital sama.

Sabtu lalu, jenazah Noradriana selamat disemadikan bersebelahan pusara ibunya, Nurul Armiza yang meninggal dunia empat tahun lalu akibat kanser.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!