Lelaki Bangladesh maut basikal dirempuh MPV ketika lintas jalan

Mpv Toyota Avanza yang terbabit kemalangan di Jalan Kuantan-Gambang meragut nyawa penunggang basikal warga Bangladesh pada malam Khamis.Foto Facebook Polis Trafik Kuantan.
Mpv Toyota Avanza yang terbabit kemalangan di Jalan Kuantan-Gambang meragut nyawa penunggang basikal warga Bangladesh pada malam Khamis.Foto Facebook Polis Trafik Kuantan.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pekerja pasar raya warga Bangladesh maut selepas basikal ditunggang terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika cuba melintas jalan di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang berhampiran Masjid Taman Tas di sini pada malam Khamis.

Dalam kemalangan kira-kira jam 8.45 malam itu, mangsa, Mohammad Jahanger, 53 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu MPV jenis Toyota Avanza tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya,siasatan awal mendapati, MPV dipandu lelaki berusia 55 tahun itu dalam perjalanan dari arah Gambang menghala ke arah bandar Kuantan.

"Ketika tiba di tempat kejadian, pemandu terbabit dipercayai gagal mengelak mangsa yang tiba-tiba melintas dari kanan ke kiri jalan lalu terlanggar bahagian hadapan basikal dinaiki.

"Mangsa terjatuh dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialami," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, mayat pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!