Buruh ditahan miliki dadah bernilai lebih RM33,000

Antara barangan yang dirampas daripada suspek yang disyaki pelbagai jenis dadah. (Gambar kecil: Azli)
Antara barangan yang dirampas daripada suspek yang disyaki pelbagai jenis dadah. (Gambar kecil: Azli)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis memberkas seorang lelaki selepas didapati memiliki pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM33,000 di Jalan Tok Adis, Kuala Ibai di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh itu ditahan di belakang pintu sebuah rumah sekitar jam 5.30 petang.

"Hasil pemeriksaan pada beg suspek mendapati terdapat pelbagai peket plastik mengandungi pil berwarna merah dan hijau dipercayai dadah.

"Selain itu, terdapat lima peket lain yang mengandungi pil berwarna merah selain terdapat 10 plastik di dalam bungkusan surat khabar didapati mengandungi serbuk berwarna putih.

"Polis turut menemukan peket plastik cerah berisi serbuk atau ketulan kristal disyaki dadah,” katanya di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, nilai keseluruhan dadah yang dirampas itu bernilai lebih RM33,000.

Dalam pada itu, katanya, ujian saringan urin ke atas suspek mendapati lelaki tersebut positif dadah jenis methamphetamine.

"Polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia dan wang tunai bernilai RM200. Kesemua nilai sitaan termasuk dadah dianggarkan lebih RM58,000," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Azli berkata, suspek turut memiliki tujuh rekod jenayah lampau dalam kes penyalahgunaan dadah, meragut dan mencuri.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama,” tambah beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!