PRK Nenggiri: SPR terbangkan dua peti undi guna helikopter

Dua helikopter jenis Robinson R44 dan Airbus AS355N itu bergerak jam 10 pagi dari Padang Perdana di sini dan perjalanan dijangka mengambil masa 30 minit untuk ke lokasi berkenaan.
Dua helikopter jenis Robinson R44 dan Airbus AS355N itu bergerak jam 10 pagi dari Padang Perdana di sini dan perjalanan dijangka mengambil masa 30 minit untuk ke lokasi berkenaan.
A
A
A

GUA MUSANG - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerbangkan dua peti undi ke perkampungan Orang Asli di Pos Simpor dan Pos Gob di sini menggunakan dua helikopter sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Jumaat.

Dua helikopter jenis Robinson R44 dan Airbus AS355N itu bergerak jam 10 pagi dari Padang Perdana di sini dan perjalanan dijangka mengambil masa 30 minit untuk ke lokasi berkenaan.

Dua pos berkenaan membabitkan keseluruhan 999 pengundi, masing-masing Pos Gob (456) dan Pos Simpor (543)

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud berkata, pengangkutan udara terpaksa digunakan kerana

perjalanan darat untuk ke pos berkenaan mengambil masa yang lama.

“Peti undi terbabit akan dihantar di Dewan Orang Ramai dan Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob.

“Bagi peti undi di PDM lain iaitu Pos Tohoi, Kuala Sungai, Sungai Jenera, Sungai Wias, Sungai Puian akan dihantar menggunakan pacuan empat roda hari ini (Jumaat),” katanya kepada pemberita.

Artikel Berkaitan:

Nik Raisnan (kiri) melihat operasi menerbangkan dua peti undi ke perkampungan Orang Asli di Pos Simpor dan Pos Gob di Gua Musang menggunakan dua helikopter sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Jumaat.

Menurut beliau, proses pengundian di pos Orang Asli tamat jam 2 dan 3 petang sebelum pengiraan dibuat dan kertas undi dibawa ke pusat penjumlahan.

PRK DUN Nenggiri 17 Ogos ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sementara PN, Mohd Rizwadi Ismail dari Bersatu.

PRK Nenggiri diadakan selepas Yang Dipertua DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah pada 19 Jun lepas mengumumkan kekosongan kerusi itu susulan tindakan Bersatu menggugurkan keahlian penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian DUN Nenggiri pada 17 Ogos manakala penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

Dalam PRK lalu, calon PN dari Bersatu, Mohd Azizi Abu Naim menang dengan majoriti 810 undi menewaskan calon BN, Ab Aziz Yusoff.

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!