MyCC lancar kajian semula pasaran ekosistem ekonomi digital

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memulakaninisiatif kajian semula pasaran untuk mengkaji ekosistem ekonomi digital danmenyelidik kesan ekonomi digital terhadap kos sara hidup rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Iskandar Ismail berkata, kajian tersebut dibuat setelah menyedari perubahan progresif menerusi inovasi teknologidan transformasi digital.

Menurutnya, ia juga mengambil kira kehidupan seharian rakyat Malaysia semakin bergantung kepada teknologiserta infrastruktur digital.

"Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab di bawah Akta Persaingan 2010 (Akta712), di bawah Seksyen 11, MyCC mempunyai kuasa sama ada atas inisiatifnya sendiri atau atas permintaan Menteri untuk mengkaji struktur sesuatu pasaran, kegiatan perusahaan dalam pasaran; tingkah laku anti persaingan pembekal dan pengguna terhadap perusahaan di dalam pasaran; atau kegiatan lain yang menghalang, menyekatatau mengganggu persaingan dalam pasaran.

“Kini, MyCC mengalihkan perhatian dalam mengkaji ekosistem ekonomi digital. Dalam kajian semula pasaran yang baharu ini, MyCC bertekad untuk memahami bagaimana transformasi dunia digital mempengaruhi kualiti hidup rakyat Malaysia secara keseluruhan dan memastikan bahawa perubahan ini membawa manfaat yang lebih luas kepada masyarakat,”katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata hasil kajian terkini diterbitkan pada tahun 2023 mengenai ‘Impak Ekonomi Digital terhadap Kos Sara Hidup Penduduk: Bukti dari 160 Bandar di China’ menyatakan ekonomi digital mempunyai potensi meringankan beban kewangan penduduk dengan mengurangkan kos sara hidup mereka dengan ketara.

Justeru ujarnya, kemajuan digital perlu dipertingkatkan untuk memberi impak positif kepada rakyat yang memerlukannya, kerana masih ramai rakyat Malaysia bergelut dengan cabaran ekonomi.

"Kajian ini akan memfokuskan kepada sistem pengendalian dan pembayaran mudah alih untuk menyepadukan sistem API pembayaran untuk kelancaran pembelian dalam aplikasi. Landskap e-dagang, terutamanya platform pasaran B2C yang besar, juga akan diteliti.

Artikel Berkaitan:

"Kajian sama juga akan menyemak pengiklanan digital dalam talian, menilai pelbagai kaedah seperti pemasaran enjin carian, iklan media sosial, pengiklanan paparan dan promosi video. Kebimbangan terhadap kerahsiaan dan perlindungan data juga akan disentuh dengan tumpuan pada isu seperti kos penukaran, penyalahgunaan data dan kawalan data merentas sektor yang berbeza," katanya.

Sehubungan itu katanya, demi memastikan kejayaan kajian semula pasaran tersebut, MyCC mula menganjurkan satu siri sesi Perbincangan Fokus Berkumpulan (FGD) untuk mengumpul pandangandan perspektif pemegang-pemegang taruh bagi memastikan kajian pasaran ini bersifat menyeluruh dan inklusif.

"Mengambil kira akan kepentingan kajian ini, pihak-pihak yang berminat untuk turut sertadalam mana-mana FGD digalakkan untuk segera mendaftar. FGD bagi kajian semulapasaran ekonomi digital ini adalah percuma.

"Untuk maklumat lanjut atau mendaftar, silalayari laman web MyCC di www.mycc.gov.my atau hubungi urusetia didigitalmr@mycc.gov.my," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!