Laporan akhir nahas pesawat di Elmina diumum jam 3 petang ini
JELEBU - Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan laporan akhir berhubung nahas pesawat yang terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor pada tahun lalu jam 3 petang ini.
Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, laporan itu akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan.
"Itu adalah laporan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) dan akan dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan secara rasminya pada jam 3 petang nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti Seremban di sini, pada Jumaat.
Sebelum ini media melaporkan Anthony berkata, laporan akhir nahas pesawat di akan dikeluarkan dalam beberapa hari lagi.
Dalam kejadian itu, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi terhempas ketika menghampiri Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang mengorbankan 10 nyawa iaitu enam penumpang dan dua anak kapal penerbangan, serta seorang pemandu e-hailing dan seorang penunggang motosikal (p-hailing).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!