Tiga sekeluarga maut terbakar: Keluarga tuntut keadilan

Mahat menyiram air di pusara ibu dan ayahnya selepas selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan, Pagoh.
Mahat menyiram air di pusara ibu dan ayahnya selepas selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan, Pagoh.
A
A
A

MUAR - Ahli keluarga kepada tiga sekeluarga yang maut dipercayai dibunuh dalam kebakaran di Kampung Paya Redan, Pagoh pada minggu lalu menyerahkan sepenuhnya urusan siasatan kepada pihak berkuasa.

Husin Mohamed Yassin, 72, yang merupakan adik kepada Allahyarham Mohamed, 82, berkata, insiden tragis itu sepatutnya tidak sepatutnya berlaku apatah lagi ia disyaki dilakukan oleh anak sulung adiknya.

HUSIN
HUSIN

Katanya, insiden itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada keluarganya selain turut memusnahkan rumah pusaka keluarga yang berusia 100 tahun.

"Pada awalnya saya menjangkakan insiden kebakaran hanyalah kemalangan biasa. Namun, saya terkejut apabila dimaklumkan abang dan kakak ipar serta cucu mereka menjadi mangsa bunuh oleh darah daging sendiri.

"Sekarang kami sekeluarga menanti siasatan terperinci pihak polis dan mengharapkan hukuman setimpal terhadap suspek utama sekiranya didapati bersalah," katanya.

Keadaan rumah pusaka yang musnah dalam insiden kebakaran yang mengorbankan tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan Pagoh pada minggu lalu.
Keadaan rumah pusaka yang musnah dalam insiden kebakaran yang mengorbankan tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan Pagoh pada minggu lalu.

Beliau yang juga peneroka di Bahau, Negeri Sembilan ditemui selepas pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan, Pagoh pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, anak kepada pasangan warga emas terbabit, Mahat Mohamed Nor, 45, berkata, dia dan keluarga berterima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan sepanjang tuntutan jenazah.

"Kami sekeluarga diberitahu jenazah boleh dituntut selepas laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh pada Khamis.

"Alhamdulillah lega dapat sempurnakan jenazah ibu dan ayah selepas seminggu kami menunggu. Segala urusan dipermudahkan. Saya serahkan kepada pihak polis untuk lakukan siasatan terhadap kes ini," katanya.

Sebelum itu, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Jumaat lalu, pasangan warga emas, Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abdul Hamid, 76, serta cucu mereka Noradriana Nor Hisyam, 11, maut selepas rumah mereka hangus dalam kebakaran.

Pasangan warga emas itu maut di lokasi kejadian manakala cucunya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar.

Solat jenazah dilakukan di Masjid Jamek Paya Redan, Pagoh.
Solat jenazah dilakukan di Masjid Jamek Paya Redan, Pagoh.

Insiden itu turut menyebabkan seorang lagi cucu perempuan mereka yang berusia 14 tahun mengalami kecederaan dan sedang dirawat di HPSF.

Pada Sabtu, Noradriana selamat disemadikan di Tanah perkuburan Islam Kampung Paya Redan.

Jenazah dibawa ke Masjid Jamek Paya Redan untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan pada pagi Jumaat.
Jenazah dibawa ke Masjid Jamek Paya Redan untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan pada pagi Jumaat.

Polis yang pada awalnya mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut menukar siasatan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada badan ketiga-tiga mangsa yang maut.

Pada Rabu, suspek merupakan anak sulung mangsa yang ditahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, direman di Mahkamah Majistret Muar selama tujuh hari sehingga 20 Ogos bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!