Pengurus, pekerja syarikat pelaburan didenda RM60,000

Teck Qing (depan) dan Kah Wai (belakang) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat.
Teck Qing (depan) dan Kah Wai (belakang) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Pengurus dan pekerja syarikat pelaburan tidak wujud didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesysen di sini, pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memberi dan bersubahat memberi rasuah kepada pegawai kanan polis.

Hakim Elesabet Paya Wan menetapkan hukuman itu setelah kedua-dua tertuduh Teo Teck Qing, 26, dan Keong Kah Wai,19, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Mahkamah turut memerintahkan Kedua-dua tertuduh dipenjara selama enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Berdasarkan pertuduhan, Teck Qing dan Kah Wai didapati bersubahat dan memberi suapan wang tunai sebanyak RM60,000 kepada seorang pegawai kanan polis, Deputi Superintenden Supari Muhammad sebagai dorongan tidak dikenakan tindakan undang-undang ke atas diri mereka dan rakan-rakan yang lain selepas didapati melakukan aktiviti penipuan scammer.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah pasar raya di Simpang Ampat, Alor Gajah di sini, pada jam 1.15 petang, 1 Jun 2023.

Pendakwaan bagi kes itu dijalankan mengikut Sesyen 214 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fatin Nur Athirah Zainuddin mencadangkan hukuman setimpal dikenakan ke atas kedua-dua tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan adalah serius selain mengambil kira kepentingan awam

Sementara itu, Peguam, Alvin Tan yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu mereka dikenakan hukuman denda minimum sahaja, kerana anak guamnya kini tiada pendapatan tetap dan perlu menanggung keluarga.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM30,000 bagi setiap tertuduh dan mereka berdua membayar denda berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!