Lapan direman kes bunuh pekerja cuci kereta, tetak pengawal keselamatan

Dua lokasi kejadian di mana mangsa dikatakan diserang lima lelaki bersenjatakan parang.
Dua lokasi kejadian di mana mangsa dikatakan diserang lima lelaki bersenjatakan parang.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Lapan lelaki masing-masing berusia lingkungan 20 hingga 30-an direman bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pekerja cuci kereta dan seorang lagi pengawal keselamatan yang parah ditetak.

Enam lelaki direman selama tujuh hari bermula 16 hingga 22 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Manakala dua lagi direman empat hari bermula 16 hingga 19 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah.

Ketua Polis Dearah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kesemua suspek ditahan di sekitar kawasan Sungai Petani bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku awal pagi Khamis di Bedong membabitkan kedua-dua mangsa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pekerja cuci kereta maut akibat diserang lima lelaki bersenjatakan parang manakala seorang lagi parah ditetak.

Kejadian dilaporkan berlaku di dua lokasi berasingan di mana kejadian awal berlaku di sebuah tapak kosong simpang masuk ke Kampung Sungai Toh Pawang membabitkan seorang pengawal keselamatan yang parah ditetak di kepala dan badan.

Seterusnya, kesemua suspek dikatakan telah menuju ke lorong belakang sebuah premis cuci kereta di Taman Bedong yang terletak kira-kira 2.7 kilometer dari kejadian pertama.

Kesemua suspek kemudian telah menyerang mangsa kedua yang merupakan pekerja cuci kereta menyebabkannya parah dan dilaporkan meninggal dunia selepas kejadian.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!