Tiada barangan, dokumen milik Nidza Afham hilang

Nidza Afham.
Nidza Afham.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mengesahkan tiada dokumen atau barang kepunyaan penyanyi, Nidza Afham, 23, yang hilang seperti didakwa malah ahli keluarganya juga tidak membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya juga tidak menerima laporan daripada mana-mana ahli keluarga yang menyatakan ada barang milik arwah hilang.

"Saya ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan negatif atau perkara yang tidak pasti berkaitan siasatan kes ini," katanya ringkas dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Peringatan tegas tersebut dikeluarkan ekoran terdapat beberapa pihak membuat spekulasi bahawa terdapat barang milik Allahyarham didapati hilang termasuk dokumen pengenalan diri.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan keluarga Allahyarham Nidza Afham meminta orang ramai termasuk media menjaga sensitiviti dan perasaan mereka semasa mengulas kejadian itu.

Abang sulung Nidza, Mohd Nidza Irfan Mokhtar menyatakan dia sekeluarga amat berharap orang ramai atau netizen di media sosial untuk tidak membuat kenyataan sensitif yang boleh mengguris perasaan terutama demi menjaga hati ibu mereka.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!