Bapa, anak tiri maut dalam perjalanan ke sekolah

Kereta yang dinaiki seorang guru wanita dan anak lelakinya terjatuh ke gaung dan motosikal yang ditunggangi kedua-dua mangsa. Foto PDRM
Kereta yang dinaiki seorang guru wanita dan anak lelakinya terjatuh ke gaung dan motosikal yang ditunggangi kedua-dua mangsa. Foto PDRM
A
A
A

JERANTUT - Perjalanan seorang bapa menghantar anak tirinya ke sekolah berakhir tragedi selepas kedua-duanya maut apabila motosikal yang dinaiki bertembung dengan kereta di Kilometer 6 Jalan Kampung Pulau Mansok-Jerantut Feri di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Honda dan kereta jenis Perodua Axia.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad Ali berkata, mangsa iaitu seorang warga Bangladesh, Mohammad Adam, 39, yang bekerja di kilang papan dan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Perian, Muhamad Faiq Aqwa Abdullah, 9, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan awal, kejadian berlaku semasa mangsa bersama anak tirinya menunggang motosikal menghala ke Jerantut Feri manakala kereta yang yang dipandu oleh seorang guru wanita berusia 41 tahun bersama anak lelakinya menghala ke Batu Embun.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Perodua Axia terbabit. Foto PDRM
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Perodua Axia terbabit. Foto PDRM

"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang oleh mangsa hendak mengelak lubang di kiri jalan sehingga masuk ke laluan laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta.

"Kejadian itu menyebabkan kereta terbabit terbabas ke sebelah kanan jalan dan terjatuh ke gaung," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, kemalangan tersebut menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta bersama anak berusia lima tahun mengalami kecederaan ringan.

Artikel Berkaitan:

Jelas Zukri, pihak polis akan menghubungi Kedutaan Bangladesh dalam tempoh terdekat untuk pengesahan pasport dan kewarganegaraan.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!