Selangor rangka strategi bangun aeroangkasa utama Asia Tenggara

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor merangka strategi 10 tahun bagi merealisasi pembangunan industri aeroangkasa di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pelaksanaan Pelan Tindakan Aeroangkasa Selangor 2020-2030, bakal memacu hab perindustrian aeroangkasa antara yang utama di Asia Tenggara.

Menurut beliau, pelaburan sektor pembuatan pada tahun lalu meningkat kepada RM19.3 bilion berbanding RM12.2 bilion tahun sebelumnya.

"Sebahagiannya berpunca daripada pelaburan industri aeroangkasa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Amirudin memberitahu, secara global, industri itu dijangka berkembang sebanyak RM2.6 trilion menjelang tahun 2030.

Jelas beliau, pertumbuhan trafik penumpang dijangka meningkat sebanyak 6.1 peratus dan aset kapal terbang syarikat-syarikat penerbangan bertambah 3.5 peratus.

Tambah beliau, beberapa projek dijalankan bersama syarikat terkemuka antaranya Dassault Aviation, Collins Aerospace, Smartlink Engineering, Singapore Airlines Engineering dan Malaysia Airlines Engineering.

"Alhamdulillah ikhtiar ini berbaloi apabila negara ini menjadi kegemaran pelabur asing di rantau Asia Tenggara.

Artikel Berkaitan:

"Program Perantis Aeroangkasa Selangor (SAAP) memberi peluang kepada golongan muda meningkatkan kemahiran diri untuk mengaut manfaat hasil daripada rancangan ini," jelas beliau.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, kerajaan Selangor akan melaksanakan Pembangunan Taman Aero Selangor (SAP) bagi menjadi hab aeroangkasa global khususnya di rantau Asia Tenggara.

Pembangunan taman seluas 809 hektar di Sepang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan industri kejuruteraan aeroangkasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!