Sektor swasta disaran contohi kerajaan, tambah gaji pekerja - Steven Sim

Steven Sim. Foto Bernama
Steven Sim. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Sektor swasta disarankan agar mencontohi langkah kerajaan iaitu dengan menambah baik gaji pekerja bagi menghargai produktiviti dan sumbangan mereka.

Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), Steven Sim Chee Keong berkata, syarikat juga digalakkan menyertai projek rintis gaji progresif yang sedang berjalan bagi meningkatkan pendapatan pekerja khususnya di sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

"Melalui program ini, kerajaan akan menyalurkan subsidi sehingga RM300 sebulan bagi setiap pekerja untuk syarikat yang mengambil bahagian, tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan.

"Untuk makluman, Kesuma juga telah menerima syor Majlis Perundingan Gaji Negara dengan kadar gaji minimum yang baharu dan kini di peringkat untuk menyediakan kertas Jemaah Menteri untuk kelulusan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum itu, pelarasan gaji penjawat awam dinaikkan kepada 15 peratus manakala pengurusan tertinggi dinaikkan pada kadar tujuh peratus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pelarasan gaji itu dilakukan menerusi dua fasa bermula 1 Disember depan dan 1 Januari 2026.

Beliau turut menyambut baik Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diumumkan Perdana Menteri.

"Apabila dilaksanakan, ia dijangka akan mewujudkan kesan limpahan ekonomi," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!