'Jangan sabotaj usaha kerajaan naik gaji dengan naikkan harga barang'

Armizan (tengah) melakukan tinjauan di premis yang diserbu KPDN di Lukut pada Jumaat.
Armizan (tengah) melakukan tinjauan di premis yang diserbu KPDN di Lukut pada Jumaat.
A
A
A

PORT DICKSON - [DIKEMAS KINI] Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkan peniaga supaya tidak sabotaj usaha kerajaan menaikkan gaji penjawat awam dengan mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelarasan gaji itu dibuat kerajaan bagi mengurangkan beban sara hidup rakyat, bukannya untuk peniaga menaikkan harga.

"Itu sebabnya kenaikan besar itu berlaku di peringkat bawahan. Jadi kita tak mahu ada pihak sabotaj usaha kerajaan dengan naikkan harga barang dan perkhidmatan yang tak sepatutnya pun berlaku.

"Kita tidak mahu peniaga ambil kesempatan melakukan pencatutan kerana kenaikan gaji penjawat awam tiada kaitan langsung kepada kos operasi dan kos perniagaan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas serbuan penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) oleh KPDN Negeri Sembilan di sebuah premis di Lukut di sini pada Jumaat.

Armizan (kiri) turun padang di premis yang didapati melakukan penyelewengan LPG.
Armizan (kiri) turun padang di premis yang didapati melakukan penyelewengan LPG.

Menurutnya lagi, KPDN tidak menolak perkara itu berlaku dan telah pun membuat persiapan awal sebaik saja pengumuman kenaikan gaji berkenaan.

Tambahnya, meskipun kenaikan itu hanya berlaku pada 1 Disember, namun dibimbangi ada pihak-pihak tertentu yang melakukan aktiviti pencatutan lebih awal supaya ia tidak begitu ketara.

Artikel Berkaitan:

"Jadi penguatkuasaan itu perlu dibuat pada kadar segera dan kita anggap sekiranya berlaku sebarang aktiviti pencatutan dan di peringkat harga sekali pun, kita akan bertindak tegas.

"Kita akan dapatkan apa alasan dan justifikasi pihak terlibat,"katanya.

Apa yang pentingnya ujar Armizan, KPDN memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk orang awam bagi mengekang perkara itu berlaku.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!