Di mana ibu bapa Nik Muhammad Zulhaikal?

Nik Muhammad Zulhaikal
Nik Muhammad Zulhaikal
A
A
A

KUALA SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor sedang mencari ibu dan waris kepada Nik Muhammad Zulhaikal Mohd Roslan, 16.

Pelindung Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor, Munira Abd Aziz berkata, ibu remaja itu, Che Suwardi Che Pa, 41, menghilangkan diri dan tidak pernah melawat Nik Muhammad Zulhaikal sejak ditempatkan di rumah perlindungan di Saujana Utama pada April 2017.

"Ibu Nik Muhammad Zulhaikal gagal dikesan sejak tujuh tahun lalu dan remaja ini ditempatkan dalam jagaan sementara orang yang layak dan sesuai di bawah Peruntukan Seksyen 19(2) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Munira memberitahu, usaha mencari bapa remaja itu, Mohd Roslan Ismail, 43, turut dilakukan, namun tiada sebarang maklumat diperoleh.

Beliau memberitahu, pada masa ini, remaja itu ditempatkan di Rumah Aman, Saujana Utama hingga Rabu depan.

"Kami memerlukan maklumat berhubung ibu kandung remaja terbabit bagi membolehkan Pelindung Kanak-Kanak melengkapkan siasatan dan penempatan Nik Muhammad Zulhaikal dapat dilakukan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung ibu dan bapa kandung remaja ini boleh disalurkan ke bahagian kanak-kanak JKM Daerah Kuala Selangor," ujar beliau.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!