DBKL serbu Pavilion Bukit Jalil

Pegawai penguat kuasa DBKL memeriksa premis di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.
Pegawai penguat kuasa DBKL memeriksa premis di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan sebanyak 82 notis kesalahan dalam satu operasi pemeriksaan lesen dijalankan di Pavilion Bukit Jalil.

Operasi dilaksanakan DBKL menerusi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP) bersama Jabatan Penguatkuasaan (JPK) dan pemeriksaan melibatkan sebanyak 521 premis.

Pegawai penguat kuasa DBKL memeriksa premis di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.
Pegawai penguat kuasa DBKL memeriksa premis di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.

DBKL memaklumkan, kesemua 82 notis kesalahan tersebut dikeluarkan menerusi peruntukan di bawah UUK 20 (1) (b), Undang Undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 atas kesalahan mengambil mana-mana warga asing tanpa permit kerja yang sah dan UUK 23 (5) (b) Undang Undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 kerana tiada suntikan tifoid.

“Operasi ini bertujuan untuk menyemak lesen premis yang menjalankan perniagaan agar mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam lesen.

“Untuk rekod, bagi tahun 2024 JPPP dan JPK telah melaksanakan operasi pemeriksaan lesen di empat buah pusat membeli belah iaitu di Lalaport, Mytown, KL East Mall dan The Exchange TRX,” menurut pihak berkuasa tempatan itu dalam satu hantaran di Facebook.

Jelasnya, DBKL menegaskan tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!