Kolej Queens meterai MoU, perkenal program Diploma WBL

Airil (kanan) bersama wakil pihak industri ketika majlis menandatangani MoU.
Airil (kanan) bersama wakil pihak industri ketika majlis menandatangani MoU.
A
A
A

SHAH ALAM - Kolej Queens memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama beberapa pemain industri utama bagi memperkenalkan Diploma Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) dalam bidang perakaunan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Queens, Airil Razali berkata, perjanjian berkenaan ditandatangani bersama PwC Malaysia, The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Akademi MySyarikat, Study Hub Student Advisory, Kumpulan Pendidikan TQP, Kumpulan Pendidikan TYMBA dan Institut Kemahiran Permata.

"Program ini yang dibangunkan bersama PwC Malaysia dan ACCA, menggabungkan latihan akademik dengan pengalaman industri praktikal serta mengintegrasikan Diploma ACCA dalam Perakaunan dan Perniagaan (DIAB).

"Program selama dua setengah tahun ini merangkumi pengajian sepenuh masa (satu setengah tahun) diikuti satu tahun latihan praktikal bersama PwC Malaysia yang dilihat boleh meningkatkan kebolehpasaran pelajar dalam kerjaya kelak," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, program baharu itu akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan kelayakan yang diperlukan untuk diterima dalam bidang kerjaya selepas tamat pengajian.

Selain itu menurutnya, kolej tersebut turut memperkenalkan Diploma WBL dalam Pemasaran Digital dengan kerjasama Akademi MySyarikat.

Kolej Queens memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama beberapa pemain industri utama bagi memperkenalkan Diploma Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) dalam bidang perakaunan.
Kolej Queens memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama beberapa pemain industri utama bagi memperkenalkan Diploma Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) dalam bidang perakaunan.

"Program inovatif ini direka untuk memenuhi permintaan landskap digital yang berkembang pesat dengan menawarkan pelajar pengalaman praktikal dalam strategi dan teknik pemasaran digital.

Artikel Berkaitan:

"Penglibatan Akademi MySyarikat untuk memastikan program ini menyediakan latihan praktikal yang relevan dengan industri, di samping melengkapkan pelajar dengan kemahiran diperlukan dalam ekonomi digital," ujarnya.

Sementara itu beliau memaklumkan, Study Hub Student Advisory dilantik sebagai rakan kongsi pengambilan pelajar premium untuk program Diploma WBL.

Airil menjelaskan, peranan badan penasihat itu adalah untuk mempromosikan program terlibat dengan menekankan peluang yang ditawarkan serta menguruskan proses pengambilan pelajar.

"Kerjasama dengan kesemua pemain industri terlibat menandakan komitmen kami untuk meningkatkan hasil pendidikan melalui kerjasama pintar.

"Dengan menyelaraskan program akademik dengan keperluan dunia sebenar, Kolej Queens berada dalam kedudukan untuk menawarkan peluang luar biasa kepada pelajar bagi kemajuan kerjaya mereka," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!