Piala Raja Thailand: Malaysia diundi bersama China, Laos

Foto sumber Persatuan Sepaktakraw Malaysia.
Foto sumber Persatuan Sepaktakraw Malaysia.
A
A
A

MALAYSIA diundi dalam Kumpulan C bersama China dan Laos bagi saingan acara berpasukan lelaki premier pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thailand ke-37, di Korat, bulan depan.

Majlis undian dijalankan di Bangkok hari ini menyaksikan tuan rumah Thailand yang juga juara bertahan, akan menentang India dan Jepun dalam Kumpulan A.

Kumpulan B melibatkan persaingan di antara Myanmar, Kemboja dan Brunei manakala Korea Selatan, Indonesia dan Vietnam diletakkan dalam Kumpulan D.

Saingan berpasukan wanita premier menyaksikan skuad kebangsaan perlu melepasi halangan Thailand, China dan Myanmar dalam Kumpulan A dan Kumpulan B pula membariskan Vietnam, Korea Selatan, Kemboja, Jepun dan India.

Foto sumber Persatuan Sepaktakraw Malaysia.
Foto sumber Persatuan Sepaktakraw Malaysia.

Dalam pada itu, skuad kebangsaan akan berdepan India, China, Singapura dan Brunei bagi acara regu lelaki premier.

Bagi acara kuadran bercampuran premier, Malaysia diundi dalam Kumpulan A dengan India, Laos dan Vietnam manakala Kumpulan B pula disertai Jepun, Myanmar, Kemboja dan Thailand.

Foto sumber Persatuan Sepaktakraw Malaysia.
Foto sumber Persatuan Sepaktakraw Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Malaysia yang menghantar hanya skuad wanita bagi acara kuadran akan dicabar Vietnam, Laos, China dan Kemboja dalam Kumpulan A untuk saingan premier manakala Kumpulan B menampilkan Myanmar, India, Korea Selatan, Jepun dan Thailand.

Kejohanan berlangsung dari 1 hingga 8 September itu mencatat sejarah penyertaan terbesar dengan penampilan 555 pemain terdiri daripada 341 lelaki dan 214 wanita. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!