Andak Bertandak lebih 'catchy', tarik minat penonton

Teater Andak Bertandak dibintangi barisan pelakon hebat.
Teater Andak Bertandak dibintangi barisan pelakon hebat.
A
A
A

DEMI menarik minat penonton, penulis skrip dan idea asal teater Andak Bertandak, Fasyali Fadzly menukar tajuk asal teater itu yang sepatutnya berjudul Barah.

Katanya, antara sebab lain disebabkan mahu memberi sesuatu yang 'catchy' dan menangkap minat penonton untuk menyaksikan pementasan teater itu bermula 29 Ogos hingga 1 September ini di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

Perubahan itu juga telah diusulkan penerbit eksekutif Mask Team, Shawn Amer selain turut dipersetujui dirinya.

"Andak Bertandak adalah naskhah drama pentas panjang pertama yang saya hasilkan. Seingat saya sekitar tahun 2006 atau 2007. Sebenarnya tajuk asalnya ialah Barah.

"Pada asalnya, drama ini dihantar kepada pensyarah pada waktu itu untuk dijadikan persembahan tahun akhir pengajian diploma saya. Kemudian Shawn pelawa untuk mementaskan karya ini, jadi saya setuju.

"Namun bila nak dipentaskan ni, saya pun cadang beberapa tajuk dan akhirnya jadilah Andak Bertandak. Ini juga seperti satu tribute kepada Bidin Subari dan Syed Alwi yang suka guna frasa yang catchy," jelasnya.

Fasyali Fadzly
Fasyali Fadzly

Tambah Fasyali, selepas mengizinkan karyanya digunakan untuk pementasan teater berskala besar, dia mengusulkan satu nama iaitu Azhar Zainal selaku pengarah teater ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya beritahu Shawn, saya sudah tidak mahu arahkan karya ini. Kalau ada orang lain yang boleh arahkan teater ‘Barah’ ini, orang itu semestinya Azhar Zainal.

"Dialah yang menyaksikan karya ini lahir dari idea saya dan faham teater ini perlu jadi bagaimana. Saya bagi sepenuh kepercayaan kepada dia.

"Saya terharu yang watak-watak rekaan saya ini akan dijayakan oleh pelakon berbakat baru dan lama. Ketika saya menulis karya ini, saya sangat-sangat enjoy. Saya harap, pelakon enjoy 'bermain' di atas pentas dan penonton juga akan enjoy bila menonton naskhah pertama saya," ujarnya.

Teater Andak Bertandak bakal dibintangi oleh pelakon terkenal tanah air seperti Azhan Rani, Ellie Suriaty, Riena Diana, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha, Fadhli Masoot dan Razman Mahayuddin.

Tiket menyaksikan teater Andak Bertandak sudah dijual secara atas talian di www.cloudjoi.com dengan harga tiket bermula RM65.

Naskhah ini mengisahkan kehidupan keluarga Andak serta masyarakat di sebuah kampung yang percaya kepada perkara tahyul sehingga menolak perubatan moden tanpa sebab yang munasabah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!