ACLE: JDT jumpa Ulsan HD kendalian Pan-gon

Sekitar majlis undian saingan Zon Timur ACLE pada Jumaat.
Sekitar majlis undian saingan Zon Timur ACLE pada Jumaat.
A
A
A

KELAB baharu bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, Ulsan HD FC bakal menjadi antara lawan juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila menyingkap cabaran Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Juara Korea Selatan itu antara lapan pasukan bakal dihadapi Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim dalam saingan era baharu kelab bola sepak Asia selepas penstrukturan semula kejuaraan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tersebut.

Harimau Selatan yang kini dikendalikan Hector Bidoglio juga akan berdepan juara Thailand, Buriram United FC, Pohang Steelers FC (Korea Selatan) dan Shanghai Shenhua FC (China) di Iskandar Puteri.

Baki saingan Harimau Selatan akan bertandang ke laman lawan berdepan Shanghai Port FC (China), Central Coast Mariners FC (Australia), Shandong Taishan FC (China) dan Gwangju FC (Korea Selatan).

Format baharu saingan teratas kejuaraan kelab Asia menyaksikan 12 kelab diletakkan dalam satu kumpulan dengan setiap kelab juga akan diundi bertemu lapan kelab berbeza.

Setiap kelab juga akan mengharungi empat perlawanan di laman sendiri dan empat aksi di laman lawan dengan lapan pasukan terbaik bagi liga Zon Timur dan lapan Zon Barat akan layak ke Pusingan 16 Terbaik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards ketika ditemui media selepas majlis undian itu berkata: “JDT teruja bersaing dalam ACLE yang kali pertama diperkenalkan menggunakan format berbeza tahun ini.

“Aksi berdepan Ulsan juga pertembungan menarik berbanding sebelum ini apabila ramai pemain skuad kebangsaan dalam skuad JDT mengenali Pan-gon.”

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!