'Kalau PN ada aktivis Orang Asli Nasir, BN ada Ramli'

Ahmad Zahid (kanan) terhibur dnegan persembahan masyarakat Orang Asli ketika turun berkempen di Pos Pulat, Gua Musang pada Jumaat.
Ahmad Zahid (kanan) terhibur dnegan persembahan masyarakat Orang Asli ketika turun berkempen di Pos Pulat, Gua Musang pada Jumaat.
A
A
A

GUA MUSANG - Barisan Nasional (BN) tidak terkesan dengan tindakan Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK), Nasir Dollah yang tampil di pentas Ceramah Mega Grand Finale Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia kerana BN juga mempunyai pemimpin Orang Asli yang berada dalam arus politik perdana.

Katanya, mereka memiliki Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Dr Ramli Md Nor.

'Kita pun ada wakil Orang Asli iaitu timbalan speaker (yang juga) ahli Parlimen Cameron Highlands dan beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika turun beramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Pos Pulat sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri di sini pada petang Jumaat.

Nasir yang juga aktivis Orang Asli dilaporkan hadir di pentas Ceramah Mega Grand Finale PN di Kampung Jerek di sini pada malam Khamis untuk menyatakan sokongan kepada Pas.

Nasir ketika berucap mengingatkan supaya parti politik tidak menjadikan masyarakat Orang Asli sebagai alat untuk meraih sokongan semata-mata.

Katanya, parti bertanding tidak sepatutnya mengugut Orang Asli kerana kumpulan minoriti itu memerlukan pembelaan sewajarnya daripada wakil rakyat.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!