Lelaki Pakistan samun, tikam pekerja kedai ais krim ditahan

Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang wanita cedera ditikam individu bertopeng dalam kejadian samun di sebuah kedai ais krim dekat Taman Sri Muda.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang wanita cedera ditikam individu bertopeng dalam kejadian samun di sebuah kedai ais krim dekat Taman Sri Muda.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki warga Pakistan diberkas dipercayai terlibat kes samun serta mencederakan pekerja sebuah kedai ais krim dekat Taman Sri Muda, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek ditahan kira-kira jam 4.15 petang pada 16 Ogos lalu.

"Suspek ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sebuah pangsapuri yang terletak di Puncak Alam Selangor.

"Turut dirampas senjata yang digunakan dan pakaian yang dipakai suspek semasa kejadian samun berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, suspek akan dibawa untuk direman di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Sabtu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan seorang wanita cedera ditikam individu bertopeng dalam kejadian samun di sebuah kedai ais krim dekat Taman Sri Muda.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika mangsa yang merupakan wanita warga tempatan berumur 21 tahun itu bekerja seorang diri di kedai berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Suspek cuba menyamun mangsa dengan kemudiannya bertindak agresif menikam mangsa yang cuba mempertahankan dirinya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!