Belia perlu berani bersuara, perjuangkan isu negara - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Makan Malam dan Perasmian Pembukaan International Young Leaders Summit 2024 (iFUTURE) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat. Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu belia berani bersuara dalam pelbagai isu negara seperti kemanusiaan, rasuah, jurang kemiskinan dan alam sekitar berdasarkan prinsip dan nilai yang kukuh.

Beliau berkata, masyarakat memerlukan generasi baharu dengan idea dan prinsip penuh bertenaga serta percaya kepada kebebasan, keadilan dan kemanusiaan yang boleh membawa kepada perubahan.

"Belia mesti bersuara dan memperjuangkan masalah dan kebimbangan kita seperti isu-isu kemanusiaan, penderitaan rakyat, kemusnahan alam sekitar serta rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Antarabangsa 2024 (iFUTURE 2024) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. - Bernama

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!