Sekolah platform sebar penganjuran program ilmu kepada pelajar

Malaysia #QuranHour program yang bagus untuk menyelami dan memahami mesej daripada al-Quran.
Malaysia #QuranHour program yang bagus untuk menyelami dan memahami mesej daripada al-Quran.
A
A
A

SHAH ALAM - Institusi pendidikan merupakan salah satu platform penting untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai sebarang penganjuran majlis ilmu dan agama seperti Malaysia #QuranHour.

Guru Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (SK) Kuak Luar, Pengkalan Hulu Perak, Jaida Mohd Jamil berkata, pada masa kini hanya berapa peratus sahaja murid menjadikan program sebegini sebagai rancangan pilihan.

Menurutnya, oleh sebab itu pihak sekolah perlu memainkan peranan dalam menguar-uarkan kepada pelajar supaya mereka sedar adanya program ilmu di luar waktu persekolahan.

"Dunia sekarang semakin mencabar dan sangat penting untuk kita menarik orang ramai khususnya anak-anak agar kembali kepada al-Quran.

"Jadi Malaysia #QuranHour merupakan program yang bagus untuk menyelami dan memahami mesej daripada al-Quran agar kita semua mendapat kehidupan yang benar-benar diredhai ALLAH," katanya kepada Sinar Harian.

Program Malaysia #QuranHour 2024 akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 hingga 11 pagi.

Slot tersebut akan bersiaran secara langsung melibatkan wakil media antaranya ialah Sinar Harian, Astro Oasis, TV9, Bernama, TV Alhijrah, Zayan, Astro Awani, Nu Ideaktiv, IKIM FM, Denaihati.com dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiar utama Malaysia #QuranHour.

Tambah Jaida, pihaknya berharap agar program tersebut tetap diteruskan di masa hadapan sebagai panduan dan pembimbing dalam usaha memahami dan mendekatkan diri dengan al-al-Quran.

Artikel Berkaitan:

"Bagus sekiranya Malaysia #QuranHour dapat dilaksanakan secara berterusan.Selain itu saya rasa perlu memperbanyakkan aktiviti beraspirasikan al-Quran di di setiap sekolah seluruh negara.

"Di sekolah kami melaksanakan program ini dengan pembahagian kumpulan berdasarkan tahap. Kemudian mempertontonkan Malaysia #QuranHour secara langsung dan mengadakan sesi soal jawab," jelasnya.

Beliau berpendapat, Malaysia #QuranHour kali ini diserapkan dengan nilai-nilai rukun negara yang sememang perlu ada dalam diri masyarakat hari ini.

"Mungkin perlu banyakkan lagi program sebegini kerana ia selari dalam usaha menanam rasa cinta kepada negara dalam kalangan generasi muda,"ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!