Kuatkan rohani, cinta pada al-Quran

Malaysia #QuranHour 2024 akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini. Gambar kecil: Mohd Zaib
Malaysia #QuranHour 2024 akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini. Gambar kecil: Mohd Zaib
A
A
A

SHAH ALAM - Program Malaysia #QuranHour 2024 disifatkan sebagai inisiatif yang sangat bernilai dalam usaha untuk mengeratkan hubungan umat Islam dengan al-Quran.

Penolong Pegawai Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Perak Tengah, Mohd Zaib Ab Ghani berkata, penyatuan umat dengan membaca al-Quran dapat memperkuatkan ikatan spiritual atau kerohanian dan meningkatkan kecintaan terhadap mukjizat agung itu.

“Terlibat dengan #QuranHour di mana dewan PPD Perak Tengah menjadi tempat berkumpul bagi membaca dan menghayati ulasan tadabbur pada tahun lepas merupakan pengalaman amat bermakna. Terserlah ia mengeratkan hubungan sesama peserta.

“Tahun ini juga saya berdaftar untuk menyertai Malaysia #QuranHour 2024. Semua sekolah daerah ini menyambut baik program tersebut.

“Saya juga ada menyarankan supaya program ini dibuat dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk sebaran dan sambutan lebih hebat,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Program Malaysia #QuranHour 2024 akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 hingga 11 pagi.

Mengulas lanjut, Mohd Zaib berkata, program berkenaan memperlihatkan bahawa walaupun berada di pelbagai tempat, peserta mempunyai tujuan yang sama dalam mencintai dan memartabatkan al-Quran.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, Malaysia #QuranHour 2024 juga merupakan peluang untuk memperluas pengetahuan tentang ajaran al-Quran dan menerapkan isi kandungannya dalam kehidupan.

“Aktiviti berkumpul secara global dapat memberi motivasi tambahan kepada individu untuk lebih konsisten dalam membaca dan memahami al-Quran serta menjadikannya sebagai amalan rutin.

“Membaca al-Quran beramai-ramai memberikan rasa tenang serta kedamaian selain membantu dalam mengurangkan tekanan dan stres,” katanya.

Menurut beliau, Malaysia #QuranHour 2024 bukan hanya satu acara, tetapi usaha yang berpotensi besar untuk menyebarkan tadabbur Kalamullah.

“Semua pihak perlu menyokong dan menyebar luas program yang sangat bermanfaat kepada ummah ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!