Warga emas maut nahas tiga kenderaan

Salah sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 10, Jalan Kluang - Teck Wah Hing pada Jumaat. Foto PDRM
Salah sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 10, Jalan Kluang - Teck Wah Hing pada Jumaat. Foto PDRM
A
A
A

KLUANG - Seorang warga emas maut apabila kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 10, Jalan Kluang - Teck Wah Hing pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrain Mohd Noh berkata, kemalangan itu melibatkan dua kereta jenis Proton Wira Areoback serta Proton Wira Sedan dan sebuah lori tangki.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati ketika kejadian Proton Wira Sedan dan Proton Wira Aeroback dalam perjalanan dari arah Kluang menghala ke Renggam sementara lori tangki dari arah Renggam ke Kluang.

“Setibanya di tempat kejadian, pemandu Proton Wira Aeroback hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan lalu melanggar bahagian tepi kanan lori tangki.

"Akibat pelanggaran itu, Proton Wira Aeroback berpusing dan bertembung pula dengan Proton Wira Sedan yang berada di belakang," katanya.

Tambah beliau, pemandu Proton Wira Aeroback disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kes disiasat di bawah Seksyen: 41 (1) Angkatan Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!