Pembantu peribadi pelakon dakwa dicederakan, diugut majikan

Seorang pembantu peribadi mendakwa dicederakan serta diugut dalam kejadian di Batu Caves, 14 Ogos lalu. Gambar hiasan
Seorang pembantu peribadi mendakwa dicederakan serta diugut dalam kejadian di Batu Caves, 14 Ogos lalu. Gambar hiasan
A
A
A

GOMBAK - Gara-gara dituduh mencampuri urusan rumah tangga majikan, seorang pembantu peribadi mendakwa dicederakan serta diugut dalam kejadian di Batu Caves, 14 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan sebelum itu dibuat mangsa yang merupakan seorang wanita kira-kira jam 5.25 petang.

Beliau berkata, mangsa berumur 28 tahun itu mendakwa dirinya telah dicederakan dan diugut oleh majikannya.

"Siasatan mendapati mangsa yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita warga tempatan itu dicederakan serta diugut menggunakan senjata oleh majikan yang berumur 32 tahun dan sepupu majikannya berumur 30 tahun itu.

"Kejadian berlaku di pejabat majikannya itu di Batu Caves dipercayai berpunca kerana mangsa telah mencampuri urusan rumah tangga majikannya," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan lengan akibat kejadian.

"Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Selayang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Sarjan Shahreen Yasin di talian 018-2475864 atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

@sinarharianonline

Pembantu peribadi pelakon dakwa dicederakan, diugut majikan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Pelakon #PembantuPeribadi #Ugut #Cedera

News - ComaStudio

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!