PRK Nenggiri: Tempuh perjalanan 3 jam untuk mengundi

Hafiz Hakimi (berdiri, kanan) antara yang terawal tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh pada Sabtu.
Hafiz Hakimi (berdiri, kanan) antara yang terawal tiba di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh pada Sabtu.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang kakitangan swasta di sini, menempuh perjalanan selama tiga jam untuk mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Nur Auni Rosli, 19, yang datang dari Kota Bharu bersama kakaknya berkata, ini adalah kali pertama dia mengundi.

Menurutnya, ciri-ciri pemimpin yang dipilih ialah individu berwibawa serta boleh memberi contoh kepada orang muda.

"Mereka perlu patuh kepada undang-undang parti supaya boleh beri perhatian untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya ketika ditemui di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh di sini.

Nur Auni
Nur Auni

Jelasnya lagi, calon juga adalah pilihan sendiri tanpa paksaan daripada individu lain.

Pelajar Kolej Matrikulasi Kok Lanas, Hafiz Hakimi Hadi, 19, pula berkata, dia sangat teruja untuk turun mengundi bagi memilih wakil rakyat kawasan itu.

"Saya keluar mengundi atas dasar tanggungjawab pada diri selain gembira untuk memilih wakil rakyat di sini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, wakil rakyat yang akan dipilih merupakan individu yang boleh menyampaikan amanat kepimpinan dan hasrat rakyat.

Jelas Hafiz Hakimi lagi, sebagai pengundi baharu, keluarga tidak pernah memaksanya untuk memilih calon tetapi memberi kebebasan sepenuhnya.

Sementara itu, guru ganti di sebuah taman didikan kanak-kanak, Noor Sabila Saat, 21, juga mengambil masa pulang dari Setiu Kuala Terengganu pada Jumaat untuk mengundi.

"Tiada sesiapa yang mempengaruhi saya dan keluarga juga memberi kebebasan untuk memilih calon," katanya.

Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini!.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!