Hina Agong: Jadi lebih melarat jika dibiar

Lateffah Ali
Lateffah Ali
A
A
A

SEREMBAN - Malaysia akan melahirkan lebih ramai generasi tidak berakhlak jika individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong dibiarkan begitu sahaja.

Ketua Wanita Umno Negeri Sembilan, Lateffah Ali berkata, tindakan undang-undang sama ada denda atau penjara adalah perlu sebagai satu bentuk pengajaran dan peringatan.

"Orang sebegini yang berani menghina institusi raja kita tidak boleh dibiarkan. Di mana adab orang kita sekarang yang sudah hilang jati diri dan rasa hormat.

"Tindakan tegas perlu diambil supaya jadi satu pengajaran kepada mereka yang biadab agar tidak diulangi orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Persatuan Hak Asasi, AMNESTY International Malaysia (AIM) di sebuah portal yang mendesak mereka yang ditangkap kerana menghina Yang di-Pertuan Agong dibebaskan segera.

Pengarah Eksekutif AIM, K. Shamini Darshini menyifatkan tindakan menangkap mereka yang menghina Agong sebagai mundur.

Lateffah berkata, dengan adanya hukuman bagi perbuatan sebegitu, ia dapat memastikan tiada mana-mana individu berani bertindak sewenang-wenangnya.

Katanya, Agung itu perlu dihormati, tetapi amat mengecewakan apabila hari ini ramai individu yang sudah hilang budi pekerti.

Artikel Berkaitan:

"Hidup manusia ini tak lari dari kesilapan. Kalau ada hukuman bagi setiap kesilapan dilakukan, ia dapat jadi panduan kepada semua.

"Kalau dilepaskan, kita akan lahirkan generasi yang teruk dan boleh memecah belahkan kerukunan negara,"katanya.

Jelasnya, penghinaan terhadap Agong itu bukanlah isu perkauman kerana individu tanpa mengira kaum perlu dikenakan tindakan jika didapati bersalah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!